Mutiara Kata

" Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya"

Pengskodeng -.-

hit counter

Monday, February 27

Assalammualaikum,

Ehem ehem, rasenye dah lame tak update blog. Pasal ape? Pasal taktau nak update pasal ape. Hehe. Banyak lah aku punye pasal. :D Tolong fikirkan satu tajuk ape yang lyn nak tulis dalam nie ........ Erkkk -.-' I have no idea. Hehe.
Takpe lah kalau korang ade idea nak suruh lin update pasal ape bagitau ehh. Hehe. *sengal :D

Tuesday, February 21

Akhirnyaaaa

Akhirnyaaaa

Berakhir sudah penderitaan kami warga Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi.
Haha. Semua dah lega sbb ape? Simptom simptom menggigil seluruh badan, badan berpeluh-peluh, terase nak demam, rase nak muntah dan macam macam lagi lah semuanye dah hilang dengan secare drastiknnye.Sbb ape? Sbb audit 5S Mampu dah berakhir. Bagus la dieorg nie datang time orang tgh lunch time. Masing-masing hilang je, takot kene tanye soalan. Muehehe. Tapi alhamdulilah lah, takde yang kene komen lebih lebih :) Tahniah kepade semua warga Sukan KPT yer atas semangat kerjasame korang :) 

Opss, lagi satu yang tak boleh blaa nye, orang audit balik je tudung koprat KPT kat kepale dieorg terus hilang. Tukar pakai tudung biase. Haha. Kelakar la korang nie :D Yang kesiannye aku nie tak dapat tukar tudung sbb aku nak cepat pagi tadi sampai lupe nak amek tudung spare. Waaaa~ rimasssss pakai tudung nie. Grrr -.-'

Monday, February 20

Nakkkk nie !

Hye semuaaaaaaa :) *Wahh happy nye. Haha
Nak mintak something boleh tak? Boleh la eh eh?
Kite nak mintak bende nie je ,
Tadaaaa !


Comel kan kan kan? Hello Kitty lagi tu. Suke nye suke nye! :D
Kite nak mintak bunge nie time kite Konvo nanti,
agak agak ade sesiape nak bagi tak? Hehe
Kalau ade yang sudi nak bagi, dengan besar hati saye menerimenye,
walaupon taktau hati nie besar mane. Haha.
Kalau dapat yang kaler Pink lagi besar hati. Haha.

Sunday, February 19

sebel

Eeee, geram nye! geram! geram! geram!
Facebook nie jeles la dengan aku. Grrr -.-'
Ade ke patot die block friend request aku.
Kalau seminggu takpe jugak.
Nie sebulannnnn. Waaaaaaa ~
Sangat lah bengang -.-'
Entah bile nak sudah pon taktau, 
nak add orang punye la susah. Adehhh 
Nasib badan lah kan. Haishh

Thursday, February 16

Orang yang mencintai kamu

Sekadar renungan kite semua *copy & paste :)

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

*Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

*Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

*Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

*Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

*Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

*Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

*Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

*Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

*Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

*Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

*Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

*Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

*Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

*Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

*Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

*Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

*Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

*Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

*Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

*Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

*Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

*Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

*Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

*Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Kehidupan

Dalam kehidupan nie, senang je. Kite cume pilih 'nak' atau 'tak nak'.
Semuanye bergantung kepade hati dan care berfikir masing-masing utk buat keputusan.
Semua kesalahan yang kite buat adelah 'guru' terbaik kite :)


Shoo shoo in love with this song

Kilafairy Ft. Roman - Roman (Ost Tihany)



Yeahh, aku dah jatuh cinte dengan lagu nie. First dengar dekat radio lah. Radio mane lagi kalau bukan radio era. Setia ok dengan radio tuhh. Hehe :D Yang aku tak sangke tu, die punye singer Kilafairy. Dulu mase first2 tengok die kelua dalam TV aku memang tak suke die, macam gedik je. Tapi sekarang aku dah mule minat die. Siyess sedap kot suare die. Tak sangke pulak die ade bakat menyanyi. Lagipon, suke tengok Kilafairy nie sebab die sweet lah. Lagi satu aku suke tengok shape badan die. Tak dapat shape badan mcm tu, dapat berangan jadi macam tu pon jadi lahhhh. Hehe :D Agak agak kalau aku nak buat badan aku jadi macam Kilafairy tu maun makan mase dalam 3-4 tahun, tak sanggup aku. Haha. Aku nie jenis nampak makanan sedap je terus nak ngapp~ mane tak KURUS nye. Hehe :D Ape ape pon aku doakan Kilafairy terus berjaya dlm karier seni die, macam mak die lah, Rohana Jalil. Love you Kilafairy.